Rumah Mampu Milik Negeri Perak

" Senyuman Anda Adalah Kepuasan Servis Kami " Temui Kami bagi mendapatkan Khidmat nasihat hartanah.

Friday, May 17, 2019

Kos-kos yang perlu disediakan sebelum membeli

Pelabur bijak akan minimalkan pengeluaran wang

Cara Beli Rumah Tanpa Modal Besar

Siapa yang tak nak beli rumah, kan?
Tak kiralah samaada untuk duduk sendiri atau sebagai pelaburan, membeli rumah memang satu keperluan yang diidami semua orang.
Tetapi, kenapa masih ramai tidak memiliki rumah?

Tak tahu cara beli rumahkah?

Atau tak mampu nak membeli rumah?
Jawapan paling banyak sudah semestinya kerana tidak mampu.
Tidak dinafikan, pembelian rumah memang memerlukan kos dan modal yang besar.
Lebih-lebih lagi di kawasan bandar, yang mana harga rumah dan hartanah seolah-olah bukan harga mampu milik tetapi sekadar harga mampu tengok.

Berikut merupakan kos-kos yang terlibat dalam pembelian rumah:

1. Bayaran deposit rumah
Oleh kerana bank menyediakan margin pembiayaan/pinjaman rumah sebanyak 90% sahaja bagi rumah pertama dan kedua (70% bagi rumah ketiga), maka seorang pembeli perlu menyediakan minima 10% daripada harga rumah sebagai deposit.
Jika harga rumah RM 200,000, maka deposit 10% adalah RM 20,000.

2. Yuran guaman & duti setem
Pembelian rumah perlu disertakan dokumen perjanjian jual-beli (sale & purchase agreement, S&P).
S&P ini perlu disediakan peguam dan dimatikan setem.
Maka, kos guaman dan duti setem mengikut kadar yang ditetapkan perlulah disediakan.
Anggaran mudah, 3% ke 5% daripada harga rumah.

3. Cukai tanah, cukai pintu & utiliti
Apabila selesai urusan pembelian rumah, cukai tanah dan cukai pintu perlu dibayar kepada pihak yang berwajib walaupun rumah masih belum siap.
Di samping itu, perlu juga diperuntukkan sedikit duit untuk bayaran deposit utiliti seperti pemasangan meter elektrik dan bekalan air.
Jumlahnya bergantung kepada jenis rumah.
Walaupun nilai yang diperlukan mungkin kecil, tetap perlu dikeluarkan juga duit dari poket.

4. Peralatan-peralatan dan renovasi rumah
Apabila rumah siap, bukan boleh terus duduk.
Perlu keluarkan lagi duit untuk pemasangan peralatan-peralatan asas seperti lampu, kipas, grill dan paip.
Itu baru yang asas, belum dicampur lagi kos-kos lain seperti membeli perabot, peralatan elektrik, mengubahsuai ruang, membina pagar dan menambah pendawaian baru.
Semua ini memang memerlukan kos dan modal yang agak banyak.
Sebab itulah, digalakkan merancang kewangan dengan baik dan menyimpan sebahagian pendapatan supaya duit dapat dikumpul bagi persediaan memiliki rumah.

Tetapi, untuk Projek MANJOI RESIDENCE anda tak perlu keluarkan modal yang besar. PENJIMATAN SEHINGGA RM belasan ribu

Booking SEKARANG SEMENTARA UNIT MASIH AVAILABLE

www.wasap.my/601136608308/singleManjoi


Post Comments

No comments:

Post a Comment

Back To Top