Rumah Mampu Milik Negeri Perak

" Senyuman Anda Adalah Kepuasan Servis Kami " Temui Kami bagi mendapatkan Khidmat nasihat hartanah.

Monday, May 27, 2019

Kajian Kes




Kisah BENAR Penjualan Hartanah
————————————

Jenis : Apartment Kos Sederhana Rendah
Pegangan : Pajakan
Geran : Hakmilik Strata telah dikeluarkan
Pemilikan : Nama pemilik telah didaftarkan
Cagaran : Dicagar pada bank
Jenis sekuriti bank : Gadaian Borang 16A
Sekatan: Kebenaran pindahmilik diperlukan
Lokasi : Bangi, Selangor.
Harga : RM 230,000

Step 1
———

Mencari pembeli. Beberapa calon minat membeli. Tetapi beberapa orang tak lepas loan. Satu pembeli berminat. Loan hanya 60%. Baki bayar tunai.  Loan lulus.

Tempoh menunggu dari hari pertama iklankan dan dengan bantuan agen ialah hampir 3 bulan.

Step 2
———
Tandatangan Perjanjian Jualbeli. Bayar deposit 10%. Peguam pegang 6.82%. Agensi hartanah pegang 3.18%

Bayar Yuran Guaman sebagaimana tertera di bil guaman, termasuk Duti Setem.

Step 3
———
Mohon kebenaran pindahmilik dari Lembaga Perumahan Hartanah Selangor. Banyak dokumen diperlukan dari Pembeli untuk proses kelayakan membeli rumah kos sederhana rendah.

Perlu dapatkan LONO ( Letter of No Objection) dari bank penjual terlebih dahulu yang menyatakan bank tiada bantahan terhadap penjualan. Bank ada SOP sendiri sebelum setuju keluar surat LONO.

Tempoh kumpul dokumen : 2-4 minggu
Tempoh dapat kelulusan : 2 bulan lebih sikit.

Step 3
———

Mohon kebenaran pindahmilik dari pejabat tanah. Surat kelulusan LPHS perlu disertakan sekali.

Ada lagi dokumen2 yang perlu dilampirkan. Cukai tanah dan cukai pintu kena up to date bayarannya.

Tempoh menunggu : 3-6 minggu.
Peluang lulus : Cerah jika penjualan bumi ke bumi

Step 4
———
Dapat kelulusan.

Hartanah dihantar untuk adjudikasi ke LHDN untuk dapatkan notis duti setem yang kena dibayar.

Nilai ikut harga dalam Perjanjian atau nilai pasaran, mana yang lebih tinggi.

Mohon penyata baki hutang dengan bank untuk tahu berapa baki hutang.

Wang deposit 6.18% dilepaskan pada Penjual.
Wang deposit 3.18% boleh digunapakai oleh agensi sebagai komisen.

Tempoh dapat notis : 2-4 minggu
Tempoh dapat penyata : 2-4 minggu

Step 5
———
Masukkan kaveat bagi pihak bank Pembeli.

Bank Pembeli bayar hutang bank Penjual. Bank pembeli ada SOP tersendiri sebelum keluarkan wang.

Maintenance perlu up to date. Mahu lihat “fire insurance”, surat2 akujanji Peguam dan bank penjual perlu menepati kehendak bank Pembeli.

Tempoh 2-3 minggu.

Step 6
———

Duit tebus hutang keluar. Bayar pada bank penjual.

Tunggu bank penjual pulang segala dokumen yang perlu termasuk borang melepaskan gadaian dan gadaian pendua serta geran strata original.

Tempoh : 2-3 minggu

Step 7
———

Bayar duti setem pindahmilik dan borang lepaskan gadaian.

Peguam bank daftar pindahmilik, melepaskan gadaian  dan gadaian baru serta geran asal dengan kebenaran pindahmilik. Cukai tanah dan pintu mesti up to date.

Selepas dapat resit pendaftaran, Peguam bank keluar surat nasihat kan bank bahawa baki pinjaman sudah boleh dikeluarkan untuk bayar baki pinjaman.

Tempoh : Jika tiada masalah2 berbangkit dan terjungkit yang lain, dalam 3-7 hari bekerja.

Step 8
———

Bayar duit baki pada Penjual. Minta kunci dan serah rumah pada Pembeli.

Step 9
———
Minta Pembeli buat tukar nama di TNB, Syabas, Majlis ( untuk cukai pintu). Maklumkan juga pada JMB tentang penjualan

Step 10
———

Tunggu geran siap di pejabat tanah. Pastikan nama dan ic betul dan nama bank dimasukkan sebagai pemegang gadaian.

Geran asal dan dokumen sekuriti pinjaman dikembalikan pada bank. Salinan kepada Pembeli dan salinan geran pada Penjual.

————————————————————

Step- step di atas adalah tugas dan proses secara umum. Urusan secara detail cukup untuk buat 5 bab dalam sebuah buku.😅

Boleh SHARE|LIKE|FOLLOW  jika mahu, untuk manfaat dan panduan asas kepada umum.

Credit:
NAZRI MUSTAFA

#naibsp
#hartaguam
#prosesjualbeli

Post Comments

No comments:

Post a Comment

Popular Feed

Recent Story

Featured News

Back To Top